Monday, September 22, 2008

renung-renungkan, selamat beramal !

Aku bergelak ketawa sehingga tamat waktu sahur. Aku terlalu enjoy membaca komen2 rakan-rakan di internet. Aku banyak mengenali rakan-rakan baru melalui blog ini. Ratanya aku kenali dari blog mereka juga. Dari situ aku dapat membaca dan mengjustifikasikan pegangan mereka. Namun aku tidak boleh terus untuk melabel mereka. Aku tidak boleh terus menuduh saudara dheven itu seorang ateis India walhal kebanyakkan dari komen-komennya menjurus kepada semangat ateisme yang agak kuat, malah jika dihidu dari bait-bait namanya aku terhidu yang beliau ini mungkin seorang India. Namun aku tidak pasti pada hal ini. Kerana itu aku tidak boleh terus menjumlahkan dheven ini sebagai seorang India. Aku juga diruang blog ini mengenali chegu eya. Dia seorang blogger. Aku teka yang chegu eya ini seorang wanita muslim yang berprofesikan pendidik. Tapi aku tak pasti. Dan aku tidak akan dapat pastikan tekaan aku ini sehingga aku benar-benar mengenali beliau. Aku juga berkenalan dengan saudara dr. medic. Dia bodohkan aku pada komennya. Tak apa. Itu pendapatnya. Aku tiada hak melarang. Dan aku tidak mahu langsung untuk melarang. Kuteka yang beliau ini adalah seorang manusia yang straightforward. Namun itu satu kemungkinan. Kemungkinan yang mungkin aku tak akan mampu jawab selagi aku tidak mengetahui latar belakang sebenar saudara doktor ini.

Kenapa?
Kerana aku juga manusia biasa. Pengetahuan aku tentang manusia lain amatlah cetek. Pengetahuna aku tentang apa yang ada di langit juga kurang. Malah pengetahuan aku tidak bisa aku gantungkan bersama pemikiran agung kamu semua. Maka atas sebab itulah aku tidak mahu menilai kamu. Apa yang aku nilai adalah pengertian aku terhadap sesuatu konsep yang aku garapkan menjadi penulisan cereka. Nama-nama yang hadir dalam situs ini adalah nama-nama yang benar dan sudah pun dikitirafkan oleh tuna punya untuk diselitkan pada penulisan-penulisanku.

Namun, apa yang aku mahu aku katakan secara bersahaja disini adalah, laman ini bkanlah beproksikan ateisma. Bukan juga berproksikan politik. Jauh sekali mahu memperlekehkan budaya dan adab tatasusila saudara-saudara sekalian.

Laman ini diterbitkan oleh saya dan rakan-rakan yang kerap cuba mengupas tindakan manusia pada sudut logik serta mencari alasan-ringkas untuk kami menghadapi hari mendatang tanpa perlu bersemuka dengan kekesalan di kemudian hari.

Ampun jika ada yang tersinggung. Ampun jika ada yang gagal membaca dari jarak pemerhatian subjektif. Ampun jika sosialiti sedikit bergolak angkara situs ini.

Nah..
Sudah aku bentangkan sebab serta alasan mengapa wujudnya blog ini. Sudah aku jelaskan mengapa pemikiran aku dan rakan-rakan berbentuk seperti ini. Sudah aku sarankan secara kritis mengapa kalian tidak berhak mengobjektifkan segala bentuk penulisan yang terbit di situs ini. Sudah aku huraikan poin-poin yang mampu menghadirkan pemahaman mutlak I depan mata kamu semua. Sudah aku ukirkan coretan singkat yang mampu membuatkan kalian tersenyum.

Namun,
Jika kalian masih lagi tersedak dan tersinggung. Aku percaya kalian tidaklah terlalu bodoh untuk mencari jalan keluar dari situs ini.

3 comments:

Anonymous said...

renung2kan & selamat hari raya -Dr medic
**tp ko xleh raya...sbb ko x pose

cikgu_eya said...

i strongly recommend for u to write down ur ideas...

Dont be afraid by people who judging u coz u have right to do so...

I just want to interprate ur ideas based on ur believe. Blog adalah satu wasilah untuk menyampaikan pemikiran. Dare to try? Just dont look back n feel regrate.

p/s: Mana g shoutbox eh? heh heh heh

Anonymous said...

keco keco je cikgu eya ni kan?
cikgu, mintak maap la ye?
objektifnya, saye ni bknla peminat sgt kat wanita bertudung ni.
jadi, personaliti dan penulisan cikgu ni, memangkinkan semangat saya supaya menilai cikgu pulak.
because, as you said, people have rights to do so.

so, here it goes...
cikgu eya, saya agak, cikgu ni seorang yg sgt superior dlm melantangkan apa yang cikgu percayai.
lantang itu bkn dosa, but i am concern kalau-kalau cikgu ni, bukanlah seorang moralist yang jitu sgt sebenarnya.
dlm kata mudah, KO CAKAP JE PANDAI!
maaf jika bunyinya kurang ajar.
tp, ini pendapat saya.

saya lbh rela berkawan dgn orang yang pegangan agamanya goyah tetapi tidak berfikiran sempit dan berhati busuk daripada berkawan dgn orang yang bertudung litup, mengucap selang 5 saat tapi dok mengumpat orang 24 jam.

saya lebih rela dianggap jahil gara-gara berkawan dgn orang yang bercakap tentang hal agama tanpa secara terbuka daripada dianggap bodoh angkara mendengar ceramah agama daripada orang yang statusnya bkn nabi pon.

sorry la cikgu eya.
u have make your point.
so do i.
mungkin saya bias kerana tak suka wanita bertudung.
tapi mungkin juga saya ni seorang yg phobia sbb dah kenal sgt dah dgn sifat tersirat orang-orang bertudung mcm cikgu ni.

-orang luar yang annoyed.