Tuesday, August 19, 2008

MARA terus mara (kebelakang)

It is time. Kiss your wife or girlfriend goodbye. If you have children, ruffle their hair, commit to memory their bright, questioning eyes. look at the sun, breathe in the scent of the first cut lawns of spring. ring your friends and chat warmly. soon they will become mere acquaintances, than annoyances since the battle of Malayan-ising UITM starts.

Tuesday, August 12, 2008

ini cara bahasa blogging yang betul, Bongok!

Aku bangun awal pagi ni. Upacara tido persis budak sekolah memang indah. Tido ketika slot samarinda masih lagi keudara dan bangun mengeliat kala tukang azan subuh baru mengomel-mamai angkara alarm henfonnya yang bering-tone-kan lagu kalis rindu nyanyian elyana berdesing di telinga.

Peristiwa paling potong berlaku seketika aku bangun. Rokok habis! Terpaksa la pulak ke 7E. tapi lepak dulu, layan internet. Bukak newsfeed. Baca tentang Georgia dibedil Russia. Kesian. Tapi Mr. Sarkozy cuba jadi hero, beliau rangka 6plan gencatan senjata yang menurut Nancy Lee dari CNN, akan diteima oleh kedua-dua Negara. Ditto Frenchy.

Bosan main internet, aku pakai suar, capai baju gerak pegi beli rokok. Dalam keta aku tune cari radio berita pertamadi Malaysia, saja nk dgr berita pasal Georgia yang berperang dan tentang usaha atlet Negara dalam misi mereka untuk mengikis 1juta wang rakyat andai berjaya meraih emas di Beijing. Cari, punya cari, at last dapat jugak ketemu stesen radio berikut. Carian radio dalam keta aku agak gempak sebab aku curik arial radio keta boyfriend bani. Lain sikit performance dia kalo nk compare dgn arial aku yang dulu. Sampai kt 7E, beli rokok, air kopi dalam tin dan roti inti sadin. Layan. Rasa macam mat addict yang berjaya tolak selipar kawan2 kat kedai bundle dah.

On the way balik, stesen radio yang aku cari tadi tengah kalut membicarakan tentang Bar Council punya kes tempohari. Gelak gak aku sikit. Pastu kat slot berita antarabangsanya, ada siit je cerita pasal perang Russia-Georgia. Pelik. Perang berikut adalah bab baru dalam kamus peperangan yang menindas hak. Paling latest selepas penjajahan hasil air raid amerika mencari the late Saddam. Tapi apasal perang ini tidak dihilightkan sangat di halwa-berita nasional. Aku mengomel sendirian dalam kereta. Lagakku seakan aku berbual dengan stereng. Tapi sterengku tak pandai berbahasa melayu. Mungkin stereng keta bofriend bani bias bertutur. Nanti aku try curik.

Kembali pada persoalan pokok, kenapa pencabulan hak beserta usaha russia untuk menjatuhkan kepimpinan Saakashvili sekaligus perubahan kontra-soviet yang dibawanya ini tidak mendapt tumpuan media Malaysia? Kenapa dulu sewaktu iraq ditakluk, Afghanistan batuk peluru dek penangan amerika, Malaysia bertindak herois dengan macam2 berita dan liputan yang menunjukkan ketidaksenangan hati rakyat Malaysia tentang penaklukan2 berikut? Aih… something fishy ni. Ada ape2 ke Russia dgn Malaysia? Piker punya pikir, lat-last aku jumpa satu solusi. BolehLand kita ini sama saja pandangannya dengan negara2 seperti rusia, china, thailand, Vietnam malah jerman. Negara-negara ini aku bajet masih berada di takuk lama dan takut sangat untuk berubah kea rah idea sekularisme yang bagi aku lebih practical di jangkamasa moden ini.

Tidak hairanlah Malaysia benci sangat dgn singapura. Tak peliklah china sensitive benar dgn korea selatan and the list of the nationals duel goes on…

Tak hairan jugaklah bila forum membincangkan tentang Islam oleh majlis peguam Negara yang berpkasikan sivil dibantah keras oleh orang melayu.

Kenapa?

Sebabnya mereka2 ini adalah makhluk ajaib yang takutkan perubahan. Takut negara2 mereka ini hilang jatidiri bila sesuatu perubahan itu berlaku kala mereka masih bernyawa. Mungkin putin takut pengaruh post-sovietnya pada Negara2 seperti Georgia, Poland etc akan maju lebih dari mereka hasil dari langkahan demokrasi berkecenderungan secular. Mungkin Malaysia gusar takut2 malaysia menjadi turkiye satu hari nanti.

Em. Mungkin.

Tak salah meneka.

Dan tak salah mencuba.

Cuba dulu kalo best, stay, kalo tak best patah balik pada takuk asal.

Macam gaya tulisan aku hari ni. Aku cuba imitate trend penulisan blog sekarang yang popular. Idea yang mudah, bahasa2 catchy, ayat2 kelakar dan diselitkan dengan unsur entertainment kontemporari.

Tapi aku rasa tak best.

Aku rasa rugi menulis tentang hidup aku tanpa ada kanta meneropong kisah luaran dunia.

Tak nak lah tulis gaya cenggini lagi.

AKU RASA BODOH.

Monday, August 11, 2008

world without border. world without transgenders?

Blog ini datangnya dari hasil pemikiran bakal2 guru. Ya.. bakal2 guru yang kamu kelak akan menagih simpatinya untuk memberikan anak2 kamu pendidikan sempurna berstatus A.

Pengusaha blog ini pastinya satu hari nanti dipandang tinggi lantaran status pendidik yang bakal melembar situasi indah untuk anak2 kamu seperti yang kamu semua inginkan.

Inilah reality mimpi seorang pengajar. Diadun untuk mengait tulang temulang generasi muda agar menjadi skeleton mantap berisi akal. Tapi kerapkali pendidik disalahkan apabila ada generasi2 yang dihujug alam pelajarnya bertukar hala menjadi biadap, bodoh, songsang mahupun mat hoppers.

Itu reality.

Kamu mesti terima.

Ini bukan cerita merapu. Ini terlalu terang untuk kamu semua anggukkan. Ini semua norma. Norma yang terbatas kerana komuniti kita sering berjalan separa sedar diatas kekalutan paranorma yang acapnya indah disertai hilai gembira.

Kami sering berbual sesama sendiri. Banyak hal yang kami bualkan. Dari hebatnya Manchester united hingga ke step baru tarian mat2 shuffle. Kami perdebatkan benda2 yang kami rasa molek untuk didebatkan. Di kelas juga, kami sering berdebat dgn rakan sekelas, pensyarah mahupun orang yang lalu lalang. Kami selalu ingin menangkan perkara yang kami junjung. Semua orang pun begitu.

Kami juga kerap mebaca blog2 rakan2 yang dikenali. Dan dari satu pautan blog ini, kami temui tentang mentality Malaysian yang ratanya kolot hingga terkarangnya beliau dalil2 munawarah seperti ini di dalam penulisan beliau: http://kalendaraskalendar.blogspot.com/2008_07_01_archive.html

Kami rasa benda ni xkena. Kami debatkan benda ini di kelompok pemikiran kami.

Tajuknya, SALAHKE KALO GOLONGAN PONDAN JADI CIKGU?

kami rasa xsalah. Xsalah bagi seorang yang mempunyai personality yang anjak berbeda dari majority meggalas usaha mengajar anak2 muda di sekolah sekolah. Tak salah jika golongan arbok, bapok, pondan, auw, mat manja bersuara garau, patah, sayur, sotong, bengkok, lembut yang dilahirkan hasil dari persenyawaan normal bernafsu ibu bapa mereka dihalalkan hak2 lazim mereka hanya kerana mereka menutup bebulu diatas bibir dgn lipstick dan meletakkan tisu2 di bahagian dada.

Seronok sangatkah kita membaca tentang berita drag queen dinner gala 08 kena rush dan diheret ke lokap. Insaf sangtkah kita bila mmbaca di tabloid no1 di Malaysia tentang pendedahan yang seorang dari drag queen itu prfesion siangnya adalah guru. Jelik sangatkah kita untuk menutup mulut dan beristighfar untuk tidak menghamburkan kata2 yang mengabaikan hak mereka.

Adalah menjadi satu penafian hak jika golongan2 ini dihalang, dicemuh dan lantas tidak diberikan peluang dari akar umbi untuk mejadi seperti apa yang mereka mahu jadi.

The thing is…

In nowadays life, u just cant stick with two sides of the story in every particular issue. There is always the grey line between white and black. Go back and check!

Friday, August 1, 2008

weh, nape blog kita xramai org visit?

kitorang memandang sesama sendiri. masing masing diam sambil hisap rokok. semua mula buat muka fikir ala-ala thinking statue. soalan yang ditanya bukan susah sgt nk dijawab, cuma mungkin kitorang masih berhati perut untuk tidak melumatkannya dalam bahasa yang tidak jargon sesama kami.

tapi aku pikir, kalau aku xckp benda ni yang dah membuak2 dalam kepala aku ni, aku takkan jadi orang yang aku ingin idolakan. aku takkan jadi orang yang aku ingin kenang sebagai orang yang mati dengan pengalaman.

so,

jawapan pada persolan kitorang bagi aku ialah kerana

ORANG MALAYSIA NI PEMALAS.
ORANG MALAYSIA NI XKAN FOLLOW SATU BENDA YANG TIADA KESAN ENTERTAINMENT DIDALAMNYA.
ORANG MALAYSIA NI LAGI PUAS TGK BERITA KAT TV SAMBIL MAKAN NASIK SEMENTARA NK TUNGGU GANGSTARZ KEUDARA.
ORANG MALAYSIA LEBIH SUKA REBEL UNTUK PASTIKAN INUL BERGELEK GERUDI DI TANAHAIR MEREKA.

jangan salahkan aku untuk jawapan aku ni.
aku bukan saja nk bakar line masyarakt madani kita ni.
aku bukan saja nk mencetuskan perang saraf dengan nawaitu moga moga blog kami ni masuk harian metro.

it just...
u guys doesnt give me strong reasons other than those.